Ya Allah ya tuhan ku...Aku tahu aku bukanlah hamba mu yang terbaik.Aku selalu cuai dan leka dengan kehidupan duniawi ini.Apabila aku senang,ku lupa pada mu.Bukannya niat untuk lupa pada mu,tapi gelora nafsu dan hasutan syaitan telah menenggelamkan aku kepada keduniaan yang penuh dengan manusia yang munafik dan jahil.
Ampunilah aku ya Allah...
Sesungguhnya segala yang berlaku pada kehidupan aku kini,aku yakini semuanya adalah ujian dan dugaan daripada kau.Namun,satu aku pinta ya Rahman....Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi itu semua.Aku juga meyakini bahawa segala ujian ini memberi tanda bahawa kasihnya kau kepada ku Ya Allah...
Ku mohon kepada mu Ya Allah...
Berikanlah aku sebuah kehidupan yang bahagia disamping hamba-hamba mu yang soleh dan solehah.Aku kini sudah tidak kuat lagi.Aku memerlukan seseorang yang mampu membawa aku keluar dari kerosakan dunia ini.Ya Allah...berikanlah aku sahabat yang mampu mengubah aku ke arah kebaikan.Aku rindu untuk melakukan kebaikan.Tetapi suasana dan orang-orang yang terdekat yang tidak membantu sering membantutkan niat aku untuk melakukannya.Mungkin itu silap aku kerana tidak kuat untuk menanganinya.
aku sedar ya Allah...Aku ini hanyalah hamba mu yang lemah..Aku ini hanyalah hamba hina yang setiap detik kehidupannya memerlukan belas dan ihsan mu Ya Allah...Tidak terdaya aku melakukan sesuatu tanpa izin mu.Ya Allah Ya tuhan ku...dengarlah rintihan hamba mu ini...Berikanlah aku kehidupan yang dapat memberikan aku ketenangan dan dapat mendekatkan lagi diri aku kepada kau.
"Ya tuhan kami,kurniakanlah kesabaran ke atas diri kami,dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami di atas menghadapi orang-orang kafir"

No comments:
Post a Comment