Friday, 30 March 2012

MASA



Masa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masa,masa dan masa.Setiap hari kita sentiasa bermain dengan masa tidak kira siang,petang mahupun malam.Pada ketika ini,masa itu sudah berbeza berbanding masa ketika waktu dahulu.Masa pada hari ini bergerak sangat pantas tanpa mahu menunggu kita.Kita sering leka dengan urusan dunia sehingga tidak sedar kita telah melepaskan masa untuk menggunakannya bagi melakukan sesuatu yang bermakna dan berkualiti.Masa itu sebenarnya tidak bergerak dengan pantas.Ianya bergerak sama seperti dahulu.Yang membezakannya adalah kita sekarang semakin sibuk.Kita sibuk dengan kerja,sibuk dengan kawan2 dan sibuk dengan pelbagai urusan.

     sebenarnya kita kadang-kadang terlepas pandang mengenai masa.Kita tidak pernah pun menghiraukan masa itu berlalu.Kita membiarkan masa bergerak tanpa memikirkan betapa bernilainya masa itu.Ibarat pepatah mengatakan 'Masa Itu Emas'.Marilah kita menukar sedikit perspektif mengenai masa.Sedikit sebanyak bolehlah kita menghargai masa dengan melakukan amalan2 yang berfaedah.

     Setiap hari kita akan sentiasa sibuk.Tapi,dalam situasi sibuk itu pasti ada masa yang kita simpan  untuk diri kita.Masa ini dipanggil 'privacy time'.Selalunya kita menggunakan masa ini untuk tidur,berehat,termenung,dan melakukan perkara bersendirian.Rasanya tidak salah jika kita menggunakan masa itu untuk bermuhasabah diri.Berapa ramaikah orang di luar sana melakukan muhasabah diri?Jika ada berapa kali?Sudah memadai jika kita bermuhasabah diri sebulan sekali.Paling kurang pun setahun sekali.muhasabah diri adalah mengenang kembali kehidupan kita yang lepas.Kita melihat kebaikan atau keburukan yang telah kita lakukan.Selepas itu kita iltizam menjadikan kebaikan yang kita lakukan itu sebagai terusan pada hari akan datang.Sebaliknya,kita meninggalkan keburukan yang telah dilakukan dengan azam memperbaiki diri.

     Pada hari ini juga kita perhatikan ramai orang melalui masanya dengan hal keduniaan semata.Tidak berhenti seketika pun untuk mengingati tugas kita sebagai hamba Allah.Menunaikan ibadah kita sebagai seorang islam.Kita sering lupa dengan perkara ini.Saya juga mengingatkan diri saya sendiri supaya jangan leka dengan kehidupan dunia ini.Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian jika tidak melaksanakan seruan tuhan.Hal ini kerana akan membawa kita ke arah kemurkaan Allah.Jadi,bermulanya hari ini mari kita bersama-sama menyahut seruan tuhan dengan memenuhi masa ini dengan ibadah terutamanya ibadah solat.Solat itu adalah tiang agama.

     Masa juga boleh kita gunakan dengan membaca.membaca akan memberikan ilmu pengetahuan yang banyak kepada kita.Tambahan,membaca dengan tidak langsungnya membuatkan kita kurang bercakap tetapi banyak berfikir.Ia sebenarnya memberikan kita kebaikan.Apabila kita selalu membaca,kita akan berkata sesuatu perkara yang mempunyai nilai.kita tidak akan bercakap atau berbual kosong tanpa ada intipatinya.Seterusnya,menjadikan anda seorang yang lebih suka berfikir sebelum berkata.Ianya juga mematangkan pemikiran kita.Jadi,fikir-fikirkan.Gunakanlah masa ini dengan sesuatu perkara yang memberi manfaat untuk dunia dan juga akhirat.


"Sungguh rugi kepada mereka yang tidak menggunakan masa dengan sebaik mungkin"


"Ketika anda sedang berseorangan dan bermuhasabah diri,amalkan doa ini"

"Pengurusan masa yang baik menjadikan kita lebih menhargai hidup"

    

"Jangan jadi orang di sebelah ini yang hanya menggunakan masa dengan melakukan aktiviti yang belum pasti memberikan kebaikan kepada kita"

Saturday, 24 March 2012

INDAHNYA BERSAMA KELUARGA

Indahnya Bersama Keluarga


Assalamualaikum...Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana memberi peluang untuk saya meneruskan entry yg ke-2 ini.Apa yang ingin saya katakan adalah berkenaan keluarga.Apa yang terlintas dalam fikiran apabila kita diperkatakan mengenai bab keluarga?Pasti ada yang mengatakan keluarga melibatkan ayah dan ibu,adik dan kakak serta abang.Jika dalam konteks yang lebih besar,kita boleh libatkan pak cik kita,atuk,nenek,anak saudara.Sebagai contoh,Pak usu,Pak Anjang,Mak Long,Mak ngah dan bermacam-macam lagi.Ya benar,itulah yang dinamakan keluarga.


     Keluarga merupakan hasil daripada sebuah ikatan sah antara lelaki dan wanita yang dinamakan perkahwinan.Apabila seseorang itu berkahwin,wujudlah satu zuriat baru yang menjadi seri dalam sesebuah keluarga.Walaupun sesebuah perkahwinan seseorang itu tidak dianugerahkan zuriat ataupun anak,ia masih dinamakan keluarga.Tambahan,ikatan kekeluargaan itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita.Keluargalah yang akan menjaga kita,memelihara kita dan mengambil berat tentang kita.Ibu bapa dalam keluarga memainkan peranan yang sangat-sangat penting.Merekalah yang akan mencorak anak mereka samada hitam ataupun putih,baik ataupun jahat,soleh atau pun fasik.Sesungguhnya keluarga adalah segala-galanya bagi kita,bagi mereka yang menyayangi atau mengerti sesuatu hubungan ikatan darah ini.Tapi,bagi mereka yang tidak mengerti,keluarga adalah satu tembok halangan yang sangat besar untuk mereka bebas.


     Berdasarkan pengalaman saya,keluarga sangat membantu dalam segala masalah yang saya hadapi.Merekalah yang banyak memberikan semangat dan sokongan moral dalam menghadapi dugaan hidup.setelah pemergian arwah ayah dan ibu,hidup saya seperti tiada tujuan dan gelap.Saya sudah tiada tempat bergantung,tiada tempat mengadu,segala masalah saya tanggung sendiri.Saya bukanlah dari golongan orang yang senang.Cuma,orang luar sahaja yang melihat hidup saya tiada masalahMujurlah saya masih ada empat orang yang telah membangkitkan semangat saya untuk teruskan hidup.Merekalah adalah adik-beradik saya yang sangat saya sayangi.Bagi saya,mereka adalah segala-galanya bagi saya.


     Saya sangat berasa sukacita untuk menceritakan mengenai perjalanan dalam kehidupan keluarga saya.Hal ini kerana,sebagai keluarga yang sudah kehilangan kedua ibu bapa pastinya sukar untuk kita melentur semula perhubungan kekeluargaan.Pasti ada sahaja masalah timbul seperti perebutan harta,tiada kesefahaman,mementingkan diri sendiri dan memutuskan hubungan.Alhamdulillah,semua itu tidak berlaku dalam keluarga saya.Pada permulaan hidup selepas kehilangan ibu tersayang,saya sabenarnya sangat risau takut2 perkara buruk seperti ini akan berlaku.Perkara ini kerana saya mempunyai sejarah yang hampir membuatkan apa yang saya takuti itu terjadi.Tapi,kami sekeluarga kembali bersepakat untuk sebulat suara dan bersatu sebagai keluarga semula walaupun tanpa ayah dan ibu.


     Seriusly,kadang-kadang saya berasa sangat bangga apabila melihat kebahagiaan keluarga kami melebihi keluarga lain yang masih ada ayah dan ibu.Bukan niat menunjuk,tapi,saya ingin menyeru sesiapa sahaja supaya jangan mengabaikan keluarga anda.Sayangilah mereka kerana mereka adalah darah daging anda.Saya mengharapkan kebahagiaan keluarga kami berkekalan hingga ke anak cucu dan diwarisi anak-anak kami nanti.Dan saya sangat mengharapkan berkat kebahagiaan ini dapatlah arwah ayah dan ibu saya pahala yang berpanjangan.Amin............




'AIR YANG DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS'

Wednesday, 21 March 2012

MEMBACA MEMBERI MANFAAT

MEMBACA MEMBERI MANFAAT

Assalamualaikum.....dan salam kebahagiaan kepada pencinta buku dan yang dahagakan ilmu dengan membaca.Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca.Membaca adalah sangat penting kepada kita kerana membaca memberikan ilmu tambahan kepada kita tanpa kita sedari.walaupun kita telah dilimpahkan dengan pelbagai ilmu di sekolah mahupun di mana2 sahaja majlis ilmu,tetapi membaca adalah berbeza dengan ilmu yang diberi secara lisan.

     Apa yang berbeza?ilmu yang kita perolehi dengan belajar di sekolah mahupun majlis ilmu dengan membaca adalah sama.Perkara yang membezakan adalah kaedah kita memdapatkan ilmu tersebut.Ilmu yang kita perolehi dengan hanya mendengar dan menerima membataskan kita untuk mendapatkan ilmu yang lebih banyak.sebagai contoh,jika seseorang mengajar satu ilmu setakat A hingga B.Maka,A hingga B lah ilmu yang akan kita dapat.membaca pula adalah berbeza dimana kita sebenarnya mengembara ke dalam sesuatu buku itu dan menganalisa maklumat2 atau ilmu yang ada di dalam sesuatu buku itu.Dengan cara ini,kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan cara kita sendiri.Kita juga boleh membandingkan ilmu yang kita dapat dalam buku yang berbeza tetapi membincangkan perkara yang sama.Jadi,dari itu kita boleh berfikir untuk menerima ilmu/hujah yang lebih baik.

     Membaca juga menggerakkan otak kita supaya lebih aktif.Memang benar membaca meransang otak kita untuk sentiasa berfungsi dan berfikir.Secara logiknya juga,apabila kita membaca,ilmu yang ada di dalam buku akan ditatap oleh mata.Ilmu yang ditatap oleh mata akan disampaikan ke otak untuk dianalisa.Maklumat yang diterima oleh otak akan menggerakkan  otak kita untuk bekerja.Apabila otak sentiasa aktif,pemikiran kita akan lebih bernas.Ramai ahli akademik apabila ditanyakan mengenai kebijaksanaannya,mereka akan berkata "banyakkan membaca".Dalam konteks membaca,bukan dititikberatkan dengan ilmu akademik semata tetapi segala cabang ilmu seperti ilmu agama,ilmu sejarah,ilmu pengetahuan am malah tiada kaitan dengan akademik sekali pun.Kita juga harus mengetahui bahawa akademik hanyalah satu jenis ilmu daripada pelbagai ilmu di dunia.Membaca surat khabar juga memberi kita ilmu iaitu ilmu pengetahuan am.





     Dengan kata lain,membaca memberikan banyak faedah kepada hidup kita.Marilah kita mulakan hari ini dengan membaca walau hanya sekeping artikle di surat khabar.Moga-moga kita mendapat ilmu yang berguna dan dapat menggunakan ilmu itu untuk kebaikan diri dan orang lain.


"Biarlah kita banyak membaca supaya kita mendapat banyak ilmu.Biarlah kita banyak ilmu supaya kita tidak mudah ditipu".wassalam...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...