Friday, 30 March 2012

MASA



Masa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masa,masa dan masa.Setiap hari kita sentiasa bermain dengan masa tidak kira siang,petang mahupun malam.Pada ketika ini,masa itu sudah berbeza berbanding masa ketika waktu dahulu.Masa pada hari ini bergerak sangat pantas tanpa mahu menunggu kita.Kita sering leka dengan urusan dunia sehingga tidak sedar kita telah melepaskan masa untuk menggunakannya bagi melakukan sesuatu yang bermakna dan berkualiti.Masa itu sebenarnya tidak bergerak dengan pantas.Ianya bergerak sama seperti dahulu.Yang membezakannya adalah kita sekarang semakin sibuk.Kita sibuk dengan kerja,sibuk dengan kawan2 dan sibuk dengan pelbagai urusan.

     sebenarnya kita kadang-kadang terlepas pandang mengenai masa.Kita tidak pernah pun menghiraukan masa itu berlalu.Kita membiarkan masa bergerak tanpa memikirkan betapa bernilainya masa itu.Ibarat pepatah mengatakan 'Masa Itu Emas'.Marilah kita menukar sedikit perspektif mengenai masa.Sedikit sebanyak bolehlah kita menghargai masa dengan melakukan amalan2 yang berfaedah.

     Setiap hari kita akan sentiasa sibuk.Tapi,dalam situasi sibuk itu pasti ada masa yang kita simpan  untuk diri kita.Masa ini dipanggil 'privacy time'.Selalunya kita menggunakan masa ini untuk tidur,berehat,termenung,dan melakukan perkara bersendirian.Rasanya tidak salah jika kita menggunakan masa itu untuk bermuhasabah diri.Berapa ramaikah orang di luar sana melakukan muhasabah diri?Jika ada berapa kali?Sudah memadai jika kita bermuhasabah diri sebulan sekali.Paling kurang pun setahun sekali.muhasabah diri adalah mengenang kembali kehidupan kita yang lepas.Kita melihat kebaikan atau keburukan yang telah kita lakukan.Selepas itu kita iltizam menjadikan kebaikan yang kita lakukan itu sebagai terusan pada hari akan datang.Sebaliknya,kita meninggalkan keburukan yang telah dilakukan dengan azam memperbaiki diri.

     Pada hari ini juga kita perhatikan ramai orang melalui masanya dengan hal keduniaan semata.Tidak berhenti seketika pun untuk mengingati tugas kita sebagai hamba Allah.Menunaikan ibadah kita sebagai seorang islam.Kita sering lupa dengan perkara ini.Saya juga mengingatkan diri saya sendiri supaya jangan leka dengan kehidupan dunia ini.Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian jika tidak melaksanakan seruan tuhan.Hal ini kerana akan membawa kita ke arah kemurkaan Allah.Jadi,bermulanya hari ini mari kita bersama-sama menyahut seruan tuhan dengan memenuhi masa ini dengan ibadah terutamanya ibadah solat.Solat itu adalah tiang agama.

     Masa juga boleh kita gunakan dengan membaca.membaca akan memberikan ilmu pengetahuan yang banyak kepada kita.Tambahan,membaca dengan tidak langsungnya membuatkan kita kurang bercakap tetapi banyak berfikir.Ia sebenarnya memberikan kita kebaikan.Apabila kita selalu membaca,kita akan berkata sesuatu perkara yang mempunyai nilai.kita tidak akan bercakap atau berbual kosong tanpa ada intipatinya.Seterusnya,menjadikan anda seorang yang lebih suka berfikir sebelum berkata.Ianya juga mematangkan pemikiran kita.Jadi,fikir-fikirkan.Gunakanlah masa ini dengan sesuatu perkara yang memberi manfaat untuk dunia dan juga akhirat.


"Sungguh rugi kepada mereka yang tidak menggunakan masa dengan sebaik mungkin"


"Ketika anda sedang berseorangan dan bermuhasabah diri,amalkan doa ini"

"Pengurusan masa yang baik menjadikan kita lebih menhargai hidup"

    

"Jangan jadi orang di sebelah ini yang hanya menggunakan masa dengan melakukan aktiviti yang belum pasti memberikan kebaikan kepada kita"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...