Indahnya Bersama Keluarga
Assalamualaikum...Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana memberi peluang untuk saya meneruskan entry yg ke-2 ini.Apa yang ingin saya katakan adalah berkenaan keluarga.Apa yang terlintas dalam fikiran apabila kita diperkatakan mengenai bab keluarga?Pasti ada yang mengatakan keluarga melibatkan ayah dan ibu,adik dan kakak serta abang.Jika dalam konteks yang lebih besar,kita boleh libatkan pak cik kita,atuk,nenek,anak saudara.Sebagai contoh,Pak usu,Pak Anjang,Mak Long,Mak ngah dan bermacam-macam lagi.Ya benar,itulah yang dinamakan keluarga.
Keluarga merupakan hasil daripada sebuah ikatan sah antara lelaki dan wanita yang dinamakan perkahwinan.Apabila seseorang itu berkahwin,wujudlah satu zuriat baru yang menjadi seri dalam sesebuah keluarga.Walaupun sesebuah perkahwinan seseorang itu tidak dianugerahkan zuriat ataupun anak,ia masih dinamakan keluarga.Tambahan,ikatan kekeluargaan itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita.Keluargalah yang akan menjaga kita,memelihara kita dan mengambil berat tentang kita.Ibu bapa dalam keluarga memainkan peranan yang sangat-sangat penting.Merekalah yang akan mencorak anak mereka samada hitam ataupun putih,baik ataupun jahat,soleh atau pun fasik.Sesungguhnya keluarga adalah segala-galanya bagi kita,bagi mereka yang menyayangi atau mengerti sesuatu hubungan ikatan darah ini.Tapi,bagi mereka yang tidak mengerti,keluarga adalah satu tembok halangan yang sangat besar untuk mereka bebas.
Berdasarkan pengalaman saya,keluarga sangat membantu dalam segala masalah yang saya hadapi.Merekalah yang banyak memberikan semangat dan sokongan moral dalam menghadapi dugaan hidup.setelah pemergian arwah ayah dan ibu,hidup saya seperti tiada tujuan dan gelap.Saya sudah tiada tempat bergantung,tiada tempat mengadu,segala masalah saya tanggung sendiri.Saya bukanlah dari golongan orang yang senang.Cuma,orang luar sahaja yang melihat hidup saya tiada masalahMujurlah saya masih ada empat orang yang telah membangkitkan semangat saya untuk teruskan hidup.Merekalah adalah adik-beradik saya yang sangat saya sayangi.Bagi saya,mereka adalah segala-galanya bagi saya.
Saya sangat berasa sukacita untuk menceritakan mengenai perjalanan dalam kehidupan keluarga saya.Hal ini kerana,sebagai keluarga yang sudah kehilangan kedua ibu bapa pastinya sukar untuk kita melentur semula perhubungan kekeluargaan.Pasti ada sahaja masalah timbul seperti perebutan harta,tiada kesefahaman,mementingkan diri sendiri dan memutuskan hubungan.Alhamdulillah,semua itu tidak berlaku dalam keluarga saya.Pada permulaan hidup selepas kehilangan ibu tersayang,saya sabenarnya sangat risau takut2 perkara buruk seperti ini akan berlaku.Perkara ini kerana saya mempunyai sejarah yang hampir membuatkan apa yang saya takuti itu terjadi.Tapi,kami sekeluarga kembali bersepakat untuk sebulat suara dan bersatu sebagai keluarga semula walaupun tanpa ayah dan ibu.
Seriusly,kadang-kadang saya berasa sangat bangga apabila melihat kebahagiaan keluarga kami melebihi keluarga lain yang masih ada ayah dan ibu.Bukan niat menunjuk,tapi,saya ingin menyeru sesiapa sahaja supaya jangan mengabaikan keluarga anda.Sayangilah mereka kerana mereka adalah darah daging anda.Saya mengharapkan kebahagiaan keluarga kami berkekalan hingga ke anak cucu dan diwarisi anak-anak kami nanti.Dan saya sangat mengharapkan berkat kebahagiaan ini dapatlah arwah ayah dan ibu saya pahala yang berpanjangan.Amin............
'AIR YANG DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS'

No comments:
Post a Comment