Assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada semua yang mempunyai kehidupan.Kehidupan ini termasuklah seperti manusia
yang mempunyai akal dan perasaan,tumbuh-tumbuhan,haiwan-haiwan dan sesuatu yang
diberikan nyawa oleh Allah SWT.Kehidupan ini adalah sesuatu perkara yang jika dibahas, tidak akan
selesai satu atau dua hari.Definisi kehidupan ini terlalu luas untuk
diterjemahkan dengan hanya sekadar sepotong ayat atau rumusan.Kehidupan yang
selalu dikaitkan dengan nyawa seseorang atau sesuatu,mempunyai latarbelakang
atau ceritanya yang pasti berbeza.Pertama sekalinya,saya ingin memanjatkan
setinggi-tinggi kesyukuran kepada ilahi kerana telah memberi saya kesempatan
untuk merasakan nikmatnya hidup ini.Sesungguhnya bila kita amati kehidupan ini
dengan mata hati yang ikhlas,terlalu banyak nikmat yang telah Allah SWT berikan
kepada hambanya termasuklah saya yang daif ini.
Namun,bukan dari segi agama ingin saya kongsikan tentang kehidupan.Tapi
dari segi perspektif manusia terhadap kehidupan.Lain orang,lainlah tanggapan
mereka terhadap sesuatu kehidupan.Orang ini mengatakan hidup ini indah dan
merupakan anugerah tuhan.orang ini mengatakan hidup ini tidak adil,tuhan tidak
adil.orang ini mengatakan enjoy dan hiburan itulah kehidupan sebenar.orang ini
mengatakan kehidupan ini cukuplah sekadar makan dan tidur.orang ini
mengatakan…..dan macam-macam lagi.Kehidupan ini merupakan perkara yang hebat
untuk diperkatakan kerana ini merangkumi segala aspek di dunia ini.Jadi,perspektif
saya pula yang ingin saya kongsikan.Bukan berniat untuk menunjuk pandai tapi
hanya sekadar perkongsiaan pendapat dan kalau boleh,memberikan manfaat kepada
orang lain.
Manusia dan kehidupan merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh
dipisahkan.Di mana wujudnya manusia,terselit juga disitu kehidupan.Bagi saya,kehidupan
ini tidaklah sukar dan tidaklah mudah.Ianya bergantung kepada individu itu
sendiri.Jika kita selalu merenung perjalanan kehidupan kita,pasti akan dapat
sesuatu dalam renungan itu.Baik kesedaran,penyesalan mahupun kesyukuran.Apa
yang kita mahu sebenarnya tentang kehidupan ini?Mengapa kita hidup?Jawapannya
adalah ‘TUHAN”.Dialah yang mencipta kita.Dialah yang memberi kita kehidupan
yang pelbagai dan mempunyai warna-warninya.Jika diperhatikan,sebarang persoalan
di dunia ini,apabila dirungkaikan persoalan itu,jawapannya akan tertumpu pada
yang ‘Satu’ iaitu TUHAN.Ini termasuklah persoalan yang membabitkan sains dan
teknologi.
Bagaimana yang dikatakan kehidupan yang bahagia?Semua manusia mengimpikan
kehidupan yang bahagia.namun,hanya sebahagian sahaja tercapai.Itu pun ada yang
hanya sementara sahaja bahagia,kemudian muncul pula kesengsaraan dalam
kehidupan mereka.Memang benar jika dilihat dengan mata kasar,tidak adil dunia
ini apabila wujudnya manusia yang bahagia dan ada yang sengsara.Untunglah
manusia yang berada di satu sisi itu iaitu kebahagiaan.Namun,bagaimana dengan
sisi satu lagi iaitu kesengsaraan?anda pasti ingat yang kebahagiaan dan
kesengsaraan ini melibatkan kaya dan miskin,duit dan harta,cantik dan
hodoh.Tapi,sebenar-benarnya itu semuanya bukan pokok pangkalnya.Hal ini kerana
kekayaan duit bukanlah punca kebahagiaan
yang abadi.Sudah terbukti kekayaan duit bukanlah kebahagiaan yang
sebenar.sebagai contoh,masih ramai orang kaya yang bercerai-berai,bergaduh
sesama sendiri,hasad dengki dan banyak lagi.Ada juga orang yang miskin tetapi
sangat bahagia di samping keluarga,mempunyai kawan yang ramai,kehidupan dalam
aman dan damai.Jadi,kebahagiaan bukanlah terletak dalam wang ringgit mahupun
kekayaan harta benda.
Namun,Alhamdulillah masih ada orang yang kaya harta benda yang hidupnya
aman dan bahagia.Itu saya jamin golongan ini menjalani kehidupan mengikut
garisan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.Inilah orang yang cukup beruntung
kerana dia mendapat nikmat harta benda dan nikmat hati.Inilah golongan yang
akan Berjaya di dunia dan di akhirat.Cukup malanglah bagi mereka yang gagal di
dunia dan gagal di akhirat.bagi saya,itulah seburuk-buruknya manusia.Saya
berdoa kepada Allah janganlah masukkan aku ke dalam golongan tersebut.
Marilah kita berfikiran sejenak.Kehidupan yang bagaimanakah kita
mahu?Kehidupan ini sebenarnya terlalu banyak untuk kita lakukan di
dalamnya.Tapi,biarlah apa yang kita lakukan di dalam hidup ini tidak melampaui batas
manusia.Bagi saya,ada satu benda yang wajib ada di dalam hati kita jika kita
ingin benar-benar mengenal erti kehidupan.cukuplah ‘itu’ sahaja yang perlu ada
dalam diri setiap manusia untuk merasai KENIKMATAN hidup yang bahagia di
samping orang yang tersayang dan Tuhan yang satu.benda itu adalah KETENANGAN
JIWA.Itulah ibu kepada segala kebahagiaan yang ada di dalam dunia ini.Saya
percaya sesiapa sahaja yang memiliki ketenangan jiwa ini,setiap
langkah,perbuatan, percakapan,pergaulan akan sentiasa menjadi kebahagiaan dalam
hidupnya.Ditambahkan lagi nikmat ketaatannya kepada agama dan tuhan.
Tetapi hakikatnya,bukan mudah untuk mencapai tahap itu.Hal ini kerana
telah ditetapkan oleh Allah,bahawa setiap hamba akan diuji di dalam kehidupan
mereka.Walaubagaimana pun,ketenangan jiwa itu masih boleh dicapai.Yang penting
kita haruslah berpegang teguh dengan agama.Hal ini kerana ketenangan jiwa itu
adalah milik Allah.Dia memberi ketenangan jiwa itu kepada hambanya yang dia
sukai.Namun,kita sebagai manusia,kita masih boleh meminta kepada
Allah.Jadi,perbanyakkanlah doa dan jagalah solat.Nasihat ini adalah sebagai
mengingati diri saya sendiri dan orang lain.sesungguhnya,kita sebagai manusia
berasal daripada yang satu.Jadi,kehidupan yang sebenar juga tertumpu
kepadanya.’KEHIDUPAN DI DUNIA INI ADALAH SEBAHAGIAN KECIL DARI KEHIDUPAN YANG
SEBENAR’.

No comments:
Post a Comment