Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sesungguhnya amat besar peranan cinta yang Allah hadirkan di dalam diri kita.Ia bukan sekadar membuai perasaan,bukan sekadar membolehkan kita merasai nikmat duniawi semata-mata,malah ia lebih dari itu.Cinta adalah satu anugerah yang menjadi pintu bagi kita menggapai kebahagiaan hakiki di akhirat,pintu rahmat yang membolehkan kita mengecapi reda dan cinta-Nya.Justeru,selayaknya kita memaknakan cinta itu sebaik-baiknya.
Pernahkah terlintas di fikiran kita,sedalam mana cinta kita kepada Allah sang pencipta?Ikhlaskah kita mencinta-Nya.Adakah dia juga membalas cinta kita?Sedalam mana cinta-Nya kepada kita?Mari kita renung jauh ke dalam diri,ke lubuk hati.Benarkah kita mencintai-Nya.?
Tugu cinta yang dibina hanya kerana Allah yang membantu kita menggapai reda-Nya.Andai kita mampu merealisasikannya semasa hidup di dunia,maka kita adalah manusia yang beruntung dan bakal meneguk nikmat yang tiada ternilai harganya di akhirat kelak.Namun,andai nafsu dunia dibiarkan menjadi raja,maka cinta yang tidak dipandu cahaya hanya sia-sia.Kerana cinta kita itu tiada nilainya sedikit pun di sisi Allah.
Marilah tuluskan cinta kita hanya kerana Allah.Hayatilah bait-bait indah agar cinta kita hanya ditujukan kepada-Nya.
wassalam....
kredit for : MISBAH EM MAJIDY
No comments:
Post a Comment